Hari ni 13 Mei. Baru je selesai majlis persaraan Abg tempat kerja aku ni. Kira veteran jugak la..Dah 37 dlm company ni..Macam mana dia servive pun aku tak tahu. Hebat uolls!
Okey! Tak nak cakap fesal farewell party Abg tu tp nak ckp apa yang telah berlaku pada tarikh 13 Mei 44 Tahun yang lalu. Kelas uolls beralih bidang....
Hah. Mesti ramai PLU yang bangang tak tahu apa kena dengan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Kalo tanya apa ada di KL pada 13 Mei 2013 mesti semua boleh cakap ada La Queen, Sauna Otot-Otot, Blue Boy dll. kannn?
Kau igt senang ke Malaysia nak membangun harmoni mcm sekarang...soalnya harmoni sgt ke?
Baiklah, peristiwa 13 Mei 1969 di bermula di Kampung Baru di mana terjadinya berlaku rusuhan antara kaum. Confirm ramai lupa atau memang lemak tak tahu peristiwa ni. Tak baca buku sejarah lah itteeew!
Rusuhan kaum yang berlaku sampai bnyk yang mampus ni menjadi kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia.
Korang jgn la bandingkan 1969 dengan 2013.. PLU zaman 2013 bersepah. Melayu kapel dengan cina atau india... Itu semua tak kisah...Lagi pun PLU 2013 bersepah sampai tak luak....Dulu PLU ciput je..Itu smp gaduh rebut jansss...Githewww
Kalau tak salah la, peristiwa ini selepas Pilihan Raya Umum 1969..Kelasss!
Bila baca mengenai kejadian 13 Mei memang menyeramkan la uolls. Takut kitewww au!
Time ni konsep pembunuhan secara bebas ya. Memang takutlah.
Ceritanya berkisar berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Katanya Dr Tan Chee Khoon dari parti Gerakan menang besar di kawasan Batu, Selangor! Apalagi, he olls nak peeling berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor dari abang-abang polis ni ha...
Lalu beraraklah mereka, hingga menyebabkan kesesakan
jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan sampai ke Jalan Campbell
dan Jalan Hale ke Kampung Baru.
Masalahnya Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang
menjadi kubu UMNO! Kau gila ke.....Sah-sah la mereka rasa sentap jadi apa lagi.....Melayu berasa terancam la uolls...
Dikatakan uolls Cina
ni over tau! Siap berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan
mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil
melaungkan slogan.Over tak?!
Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut
sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke
Laut. Canggih!
Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan. Hayooh!
Di Setapak, seorang wanita mengandung kena bunuh dan
kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung
daging babi.Hina uools! Sehina hadik-hadik..krik krik!
Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat
memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya. Sedihnya..Ini satu, yang lain lagi tak tahu la bagaimana seksanya...
Di Kampung Baru je uolls, dua penunggang motosikal Cina kena pancung.Aiyo!
Lagih, sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Apa lagi, orang-orang Cina PKM sentap lalu dorang bunuh orang-orang Melayu area
Kuala Lumpur.
Hebat, dah mcm dalam filem lama Cina.!
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan
Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Tektik dorang senang je, iklan disiarkan dalam bahasa
Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari
panggung. Sebab kan Melayu ni terer sgt nak baca tulisan cina, pemuda-pemuda cina
tersebut masuk dalam panggung dan menyerang dan
menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut.
Hampir
semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang
sangat mengerikan.
Di lebuh raya persekutuan ( Mungkin dekat LRT Kerinci dan Menara TM kot ) penduduk melayu Kampung Kerinchi telah
membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan
lalu lintas dan kemalangan. Ini lagi hebat tektiknya....
Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan
dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan
habis dibunuh.
Di lapangan terbang Sungai Besi ( entrance nak masuk SMART kalau dr Sg Besi @ Bukit Jalil ) waktu itu yang merupakan
lapangan terbang antarabangsa...Sekarang ni dah sedeeeh dah! Kat situ askar melayu telah menembak orang Cina
yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka
melanggar perintah berkurung.Hebat!!!
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kaca mata orang
ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa
mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.
Apa lagi, negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Plus, Perlembagaan Persekutuan telah
digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong
dibawah undang-undang tentera.
Dalam pada itu,Majlis Gerakan Negara ( Mageran )
telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman pun menarik diri dari mengetuai
majlis tersebut. Tempatnyadigantikan oleh Timbalan Perdana
Menteri Tun Abdul Razak Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran melakukan pelbagai tindakan
untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak
berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara ( ni pun mesti ramai yang tak igt Rukun Negara. I pun! Teeet )bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara.
Turut dilakukan ialah melancarkanDasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan
membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat
sebagai sebuah kerajaan perpaduan.
Rusahan ni berlaku di KL je uolls! Kelantan, Terengganu, Johor dll tade ya uolls....
Cuba uolls fikir, sekiranya we are there. Macam manalah kan? We olls sekarang dah manja sgt..Mana nak kisah benda-benda mcm ni lagi. Asal mak bapak dah senang maknanya tak pyh nak gigih sgt dah... Manja lettew...
Apa akan jadi kepada hadik-hadik...Kena hina la jawabnya.
Apa pun kita doakan semoga kita semua aman sentiasa...Tak gitu Kak Ros? hayoo kelas rambut kepok-kepok uolls....